Kurang Ajar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lupa pulak nak share dengan korang semua. Ermm..aku tak tau macam mana nak start tulis benda ni tapi cerita ni pasal budak yag kurang ajar.
Baru-baru ni aku dapat sms dari sorang budak, ex-debater, present boy. Dia ni baru this year (aku tak sure dikeluarkan dari team atau keluar team dengan kerelaan sendiri).

Tapi this year dia banyak create problem to the team lebih-lebih lagi when he is in the team. Meeting tak datang, tak nak rehearse, tak ikut cakap captain, finally kalah North Zone kat SERATAS. Tergadai target nak champ North Zone 3 tahun berturut-turut.
So, budak yang dimaksudkan ni antar sms kat aku pada 1 malam.

P.s: Sekadar peringatan, sms ni adalah original version, tak dak tokok tambah or tambah ajinomoto untuk menyedapkan cerita.

1st SMS 
Owh, rpanye,, abg izat mmg nk sy kuar slma ni.. So,, lega ar ati abg izat skang ni ye..

2nd SMS
Bknnye sy yg x bradab,, tp abg izat yg x taw nk respek sy,, mgta sy kat blkang,, Ape, ingt sy x taw kea pa yg abg izat ckp kat sy time kat ppm.. Klu ye pon sy ni bkn db8er,, x bleh ke nak respect decision sy?!!

3rd SMS
Ye? Sy bnyk mnyshkan yuhaikal?? Ni, lwk ape pla ni?? Sy x prnh ntk pon dia tlg sy ke apa ke.. N, klu dia ssh pon,, slh sy ke.. Tp,, syukur sbb dpt kwn mcm dia 2.. Lgpun,, prnh ke dia ckp sy ni myshkn dia.. Ha,, prnh ke??

4th SMS
Ye.. sy ngaku slh sy.. sy quit db8 pon slh sy gak.. Yg x slhnye abg izat sorg je,, ye la,, x prnh nk mngata org kat blakg kan… Betul x??

5th SMS
Aik,, mna taw yg sy mngaku ni x ikhlas?? Ckp td,, slgi org xbgtawmknanya bnda2 x brlaku lg.. Hai,,pning2.. Lg 1,, apsal yuhaikal n fendy plak yg nak kna explain.. Walhal,,yg sy bggnya sbb abg izat made fun of me kat ppm..

6th SMS
Benda 2 pntg ke?? Skang ni,, abg izat ada mngata sy x??

7th SMS
I know it from db8ters.. Of course la they won’t talk what ve u said 2me specifically.. So,, skang ni coba ck papa yg abg izat ckp sbb abg izat lbh mngtahuinya.. Ckp je,, kn sng.. Abis cerita..

8th SMS
I think,, dis thing should be ended by tonight.. Syponx taw apa nk ckp lg.. Sori,, mgkn it’s my fault.. But,, we learn frm mstkes right?? Forgive me??

So,based on cerita ni, korang boleh larr buat kesimpulan apa standard moral budak ni. Sebagai pengajaran, janganlah jadi budak yang kurang ajar, lagi-lagi kalau umur tu baru 16 tahun. Sekian..

                            

Izzat Di Mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam (Sabtu) aku dah balik UIA,bas bertolak from Kulim dalam pukul 5 petang. Sampai Hentian Duta dalam pukul 10.30 malam.
Then, menumpang tido kat bilik Abg Raihan pasal dia sorang jerr ada kat UIA, yang lain-lain ada yang pegi Melaka, pegi Kelantan etc. So, tadi pegi beli barang skit.

Ambik camera kat Redhu, then jumpa Zaim jap pasal dia dah nak fly bulan July nnti, dalam 16hb kot kalau tak silap. Rozairee pun ada pasal Zaim nak spend kat Restoran Insa1f, so memandangkan jarang-jarang Zaim nak spend kan, so kenalah appreciate sumb11angan dia tu.
Huhuhu.. Malam pulak a.k.a tadi baru download antivirus kat laptop lama ni. Huhu.. Pun download yahoo meessenger (ym) gak tapi macam problem jerr ym ni. Huhu.. Tak boleh nak goSSip dengan kak haeen. Hahahaha... Sekian dulu..

7 Soalan...???

Assalamualaikum da salam sejahtera.

Saja jaa nak share dengan korang 7 soalan ni. Actually aku dapat through sms, then forward kat member-member and yang paing seronok bila dapat jawapan diorang yang sporting (ada jugk yang tak sporting)..

So, kita tengok dulu apa 7 soalan tu;

1.Gelaran saya bagi awak?

2.Lagu sesuai untuk saya?

3.Yang awak ingat pasal saya?

4. Awak nak saya jadi apa untuk awak?

5. Nasihat untuk saya?

6. Benci/suka saya?

7. Kenapa ek?

So, kat sini aku letak larr jawapan-jawapan yang aku terima yang masih ada dalam handphone aku. Bukan bermaksud aku tak letak yang lain-lain tu pasal aku tak ingat kat korang, tak, tapi paham-paham jerr larr kn handphone aku tu macam mana. Maximum sms yang dia boleh save dalam inbox pun 70 lebih jerr kot. So, ampun larr yer. (saje jerr letak safety clause siap-siap.hahaha)

Fatin Husna (Kak Long)

1. Abg Long

2. 1000 Tahun (Imran Ajmain) :p

3. Sweet & Gentleman

4. Abang longku untuk selamanya..hehehe

5. Banyak bersabar dan kekalkan senyummu

6. Suka sangat

7. Kerana awak antara sahabat yang sudi berkawan dengan saya walaupun tika itu saya dalam keadaan serba kekurangan. Awak ikhlas dalam berkawan

Siti Farah

1. Brad Pitt ;-) (baru nak start gelar)

2. Lelaki Ini ;-)

3. Suka nyanyi and debate

4. Kawan baik saya

5. Semoga awak bahagia dalam hidup dan jangan lupakan saya

6. Suka

7. Sebab awak kawan yang selalu ada dengan saya susah dan senang

Hazira

1. Over

2. Semut Merah

3. Outspoken

4. Peng ping pong

5. Jaga tutur kata

6. Suka banyak-banyak!

7. Kamu buat saya gelak

Ulfah

1. Izat Joned

2. Lelaki Ini

3. Debate (baiklah!)

4. Kawan baik

5. Jangan lazer sangat :-p

6. Suka

7. Awak sangat kelakar

Aqwa Alif

1. Abg Izzat ler

2. Lelaki Ini kot

3. F5 yang horror..(bak kata Abg Haikal)

4. Coach dan juga seorang abang

5. Perlu lebih creative and grand..huhu

6. Suka

7. Sebab dah ditakdirkan sebegitu....

Azri Rosni

1. Abg Izzat

2. Ketulusan Hati sebab Abg Izzat pernah ajar saya lagu tu

3. Banyak

4. A brother

5. Stay be yourself

6. Suka

7. Funny, always help me, selalu naikkan semangat saya, macam-macam lagi..you are the best

Nasrullah Alimin

1. Indiana Jones

2. Ku Mahu

3. Waktu kat UIA

4. Abang yang baik

5. Cepat larr jadi lawyer

6. Suka

7. Coz bagi saya semangat

Saiful Islam

1. Ijat Kulim

2. Lagu Jiwa Lagu Cinta

3. Petah bercakap

4. My best friend

5. Tabahkan hati tempuh ujian mendatang ye

6. Suka sangat (serius)

7. Sempoi and sporting

Shafizan Omar

1. Nyamuk..kah3! (gurau jerr..)

2. Gemilang-Jac

3. Debate and jokes

4. Sahabat dan mentor bahas

5. Teruskan kesungguhan dan keazaman kau

6. Suka

7. Sangat senang dengan kau, mentor bahas yang bagus dan kau memang sahabat yang baik.

Itulah antara jawapan-jawapan yang aku terima. Hahaha..

Lawak larr pulak kan bila baca-baca balik?

Anywya, kalau korang nak bagi jawaan korang, silakanlah.

Post jawapan korang kat comment bawah ni ok?

Sekian...

Debat Perpaduan 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lupa pulak nak update pasal Debat Perpaduan this year. Actually, this year diorang buat kat UUM, Sintok. Tak silap aku beberapa hari before start PPM kat SMSAH.

So, result seperti yan korang semua sudah sedia maklum, final UIAM vs UITM. Dengan juri 6-1, UITM diisytiharkan sebagai johan Debat Perpaduan 2008.

Apa-apa pun, congrats to the team: Atuk Bo', Adrian, Mek and Abg Zaki. Congrats to Mek personally coz dapat best speaker final and dengar cerita dapat overall best speaker gak, betul ke? Kalau betul, congrats again!!

To researchers: Zack and Ikmal, congrats gak coz banyak tolong diorang bua researh.

Debat Perpaduan kali ni penting pasal this is the last time yang Kak Kiah akan train team UIA coz lepas ni Kak Kiah akan mula bekerja di MMU Melaka, so lepas ni jarang-jarang lagi larr nak jumpa Kak Kiah.

Huhu..sedih bangat.

Anyway, apa-apa hal pun, good luck untuk tournament yang akan datang!!

Sekian..

PPM 2008: SMSAH...tak kisah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 100_0755_3

PPM Kebangsaan this year or sesetengah orang panggil dia HKSBP (kan Aslam kan?) buat kat SMSAH, kali ni Zon Utara yang jadi tuan rumah. Last time Zon Utara jadi tuan rumah adalah 2004, PPM kat Syed Putra. Sedar tak sedar, PPM 2004 was my last PPM and I was 17 that time and this year, it is my F1's turn to have their last PPM!!100_0776

Oh, cepatnya masa berlalu..tak tahan betul...so, macam biasalah. Preparation for PPM memang hectic lar.. Cuma this year maybe aku cOba menggandakan effoert di pihak aku sendiri pasal last year aku ada short sem waktu PPM, so memang tak sempat nak tolong diorang. Tolong kat SAKTI jerr..kali ni, dah tak ambik short sem, so kenalah all out skit..

Nak dijadikan cerita, aku, Ed and Aslam datang koleq beberapa hari awal untuk tolong mana-mana yang patut. Kitorang buat banyak benda untuk membolehkan diorang dapat balik momentum for debate lepas exam kan. Buat mock debate, tengok dvd untuk buat points, siapkan motion mana yang tak siap lagi etc.P5192392

So, kitorang pun bergeraklah ke SMSAH dengan budak-budak ni. Aku naik bas koleq pasal nak check text diorang, Aslam and Aleng (datang waktu hari bertolak) pun naik bas tapi diorang tangkap letoq jerr larr dalam bas tu. Ed pulak naik kereta Miss Sherry, teman dia, kesian dia naik kereta sorang-sorang.P5212480

Sampai kat area Alor Setar, MCOBA North Chapter buat makan-makan for lunch pulak. So, melepak larr kejap kat rumah old boy tu, dengan budak-budak ni with all the teachers (Cikgu Azfa, Cikgu Safaliza, Cikgu Rizal etc).

Sampai kat SMSAH, kitorang dah plan untuk tido kat motel yang diberi nama Asrama Pelancong pasal Abg Raf tak confirm lagi dia datang PPM ke tak and kalaupun datang, tak sure lagi bila pasal besoknya dia ada board meeting. Tapi, dah dia pun bos kan, so tak jadi masalah sangat larr kot. Huhuhu..

So, PPM pun start. 1st night kitorang tido kat motel tu. Abg Raf sampai dengan Nab malam tu gak, laju betul Abg Raf bawak kereta (dan nama pun pakai Honda Accord kan?). Abg Syed Asrul pun datang atas permintaan Abg Raf untuk tolong dia jaga welfare present boys and old boys yang muda-muda ni. Huhu.. Diorang tido kat rumah homestay yang diorang dah book tu, tapi pasal kitorang dah bayar kan kat motel tu, so besok paginya kitorang check out jerr larr.

100_0862

So, result PPM for Koleq:

Cagers (Basketball)

Macam biasa larr, champ! Since 2004-2008..5 years in a row tu...

1st match: Cagers vs SDAR: 66- 43

2nd match: Cagers vs Scn Kuching: 62 - 40

3rd match: Cagers vs SESMA: 50 - 33

4th match: Cagers vs SBPI Gombak: 61 - 22

Semi final: Cagers vs SEMASHUR: 65 - 49

Final: Cagers vs MOZAC: 52 - 30

Tapi final basket lately dah tak fight macam dulu-dulu. Tak tau larr whether koleq yang terlalu terer ke ape, tapi still the best game for basket yang aku pernah tengok adalah final 2004. Itu memang crucial geLL. Tapi best larr..sangat fight.

English Debate P5252585

Team: Zulikhwan, Fido, Rashad, Fauzan

Observers: Shahir, Adam, Butat

GROUPING
1.MCKK v SEMASHUR
Menang
Rashad best speaker

2. MCKK v SESERI
Menang
Rashad best speaker

3. MCKK v SAMURA
Menang
Rashad best speaker

KNOCK OUT
2nd Round
MCKK v SMSAH (tuan rumah)
Kalah
Zulikhwan best speaker

Sedih geLL bila Speaker tu announce kalah pasal debat tu frankly speaking nampak sangat obvious yang koleq menang. Tak tau lar, banyak team yang terkejut bila tau koleq kalah dengan SMSAH, tapi nak buat macam mana kan.. dah tak dak rezeki...

BM Debate100_0839

Team: Nash, Aqwa, Fendy, Yuhaikal

Observers: Piduih, Halim, Azri

GROUPING
1. MCKK v Scn Miri
Menang
Fendy best speaker

2. MCKK v SSP
Menang
Fendy best speaker

3. MCKK v SBPI Temerloh
Menang
2nd speaker SBPI Temerloh best speaker

KNOCK OUT
2nd Round
MCKK v SMAP Kajang
Kalah
2nd speaker SMAP Kajang best speaker

Ini lagi sedih. Team yang aku dok jaga lebih kurang 5 tahun  dah. Aduyai...nak buat macam mana. Apa-apa hal pun, aku nak ucapkan tahniah buat SSP yang telah menunjukkan peningkatan yang sangat,a amat mengejutkan, korang memang cepat belajar, mungkin pasal korang dilatih oleh Abg Azizul kot.. hahaha..

And to be frank with you guys, sepanjang aku tengok match PPM sebagai old boy ni, match koleq lawan SSP this year kat PPM is the best match i have ever seen. Seriously. Both teams were good and  at the end of the day,it is all about rezeki larr kan.

So, pasal rezeki jugak larr SMAP Kajang and SERATAS layak ke final for BM and RMC and KUSES for Englih category. Congrats SMAP Kajang , anak-anak buah Cikgu Dahlia da dilatih pula oleh Otel dan Ali Asyraf, memang malatOp larr kan. hahaha...maybe SMAP Kajang will be the 2nd team yang menang UIA and PPM after KISAS in 2002. Tapi SERATAS jangan dipandang enteng, dengan berteraskan 'SERATAS Namamu Teratas', mereka bisa bergerak pantas. Huhuhu...

To Koleq' s debaters; perjalanan hidup ini masih jauh. Banyak lagi perkara yang perlu dilalui dan dihadapi. Segeralah belajar untuk menjadi seorang yan matang dan tidak mudah melatah dengan cabaran yang mendatang. PPM dan UIA hanyalah simbolik usaha, tidak memenanginya tidak bermakna kita tidak berusaha tetapi mungkin belum cukup untuk membolehkan piala itu kita miliki. Hargailah mereka yang telah banyak berjasa kerana mereka boleh pergi begitu sahaja tanpa melafazkan kata-kata dan tanpa perlu mendapatkan keizinan anda. 

Percayalah, rezeki itu ketentuanNya, meminjam kata-kata Kajol, kita tidak pernah kalah, cuma kemenangan itu ditangguhkan buat seketika, hanya perlu bersabar dalam menunggu kehadirannya, kerana Insya Allah ia pasti tiba.100_0912

To Cikgu Umi and Miss Sherry, terima kasih daun keladi, jasa anda berdua kami hargai dengan sepenuh hati. Hasrat kami, janganlah berundur lagi. 100_0826

To Abg Rafizi, anda tidak gagal dalam memenuhi hasrat yang telah anda lakarkan, cuma kelaziman manusia, tidak sempurna, pisang setandan pun tak kan elok kesemuanya. Percayalah dan terima kasih yang tidak terhingga. Dsc01670

To Abg Syed Asrul, terima kasih banyak-banyak kerana sanggup melayan karenah kami semua and nice to meet you. Teringat balik masa kita main bowling kat Jitra Mall tu. Hahahaha...

To Cikgu Shafizan Omar, terima kasih sangat-sangat coz datang tolong aku cari facts and support budak-budak ni. Kau memang bakal guru yang hebat sebagaimana hebatnya kau menewaskan UKM dalam Debat FOMA tahun lepas. Huhuhu..

To Aslam, Ed and Nab; pengalaman ni sangat berharga. Mungkin ia tidak seindah dan semudah yang disangka, tapi inilah hakikat sebenar dunia. Aleng; congrats dapat colours SBP, moga-moga berjaya menjadi seorang doctor yang disegani. Terimbau sejenak zaman-zaman kau jual bepang watu F2 dulu, comel sangat. Hahaha...100_0930

Kepada semua yang namanya tidak disebutkan di atas, terima kasih atas sokongan dan perhatian kalian.Sama-samalah kita berdoa, moga-moga rezeki kita cepat tiba.

Mari makan, Buah Selasih,

Sekian, Terima Kasih.

Result Pidato Rakan Muda 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.N1199812219_30054706_9722

Sorry lambat geLL heLL hoRRoR update blog ni. Ada banyak keje nak kena buat; mengecat, siapkan assignment etc.

Johan: Shamsul (UPM)

Naib Johan: Syarifuddin (UTM)

Temapt Ke-3: Hidayah (UTM)

Tahniah kepada para pemenang. To Putri Mahirah Munatul Maknun selaku satu-satunya calon UIA yang terlekat sehingga ke final, cOba lagi next year. Congrats gak to Farhan (UNITEN) and Syaheda (IIC) coz layak masuk final.

To Abg Syazwan, mungkin rezeki Abg Syazwan bukan dalam pertandingan ni  kerana ia dianjakkan ke permainan bowling bersama family En Khair bersama Abg Atir, Tuan Akhiruddin, Puan Juliana, Fifi (misai tanglung) and Non..N1199812219_30054135_6991

Huhu..

Komen pasal pertandingan ni, pengajurannya sangat lahar kerna mungkin Sekretariat Rakan Muda UIAM tidak pernah menganjurkan pertandingan sebegini. Makanan memang larr sedap, tapi dari aspek penginapan, kelancaran majlis, protokol etc, perlu lebih berhati-hati kot. Maybe alasan tau last minute boleh dijadikan sebagai satu alasan tapi still dah nama pun tuan rumah kan, so kenalah buat yang the best.

N1199812219_30054156_5860

Moral of the story is: malu bertanya sesat jalan.

Sekian..

Pertandingan Pidato Rakan Muda 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekadar makluman, Pertandingan Pidato Rakan Muda 2008 akan diadakan dari 8-10 Mei 2008.

Pendaftaran akan djalankan pada 8 hb Mei, Saringan akan diadakan pada 9 hb Mei dan Pertandingan Akhir akan diadakan pada 10 hb Mei.

Aku tak dapat maklumat tentang tentatif and start pukul berapa etc, tapi kalau aku tau, nanti aku update yerr.

Untuk makluman semua, tahun ni Pertandingan Pidato Rakan Muda akan diadakan di UIAM, Gombak memandangkan UIA merupakan johan pada tahun lepas.

Tahun lepas, aku dengam Kajol masuk competition ni, ditakdrikan Kajol johan dan aku hanya mampu menyandang naib johan, rezeki masing-masing, nak bua macam mana.

Anyway, good luck untuk calon UIAM untuk this competition. Pertahankan kejuaraan walaupun risikonya adalah kita akan menjadi tuan rumah pertandingan ini sampai bila-bila.

Huhuhu...

Sekian...

Interschool Debating Championship 2008 (PART 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam Part 1, aku dah cerita pasal komiti aku. Dalam Part 2 ni aku nak cerita pasal team yang aku train, MCKK.

P4160039

Tahun ni ada problem tentang tarikh. Kenapa? Waktu Interschool telah mengumumkan tarikh pertandingannya, SERATAS pada waktu yang sama ingin mengadakan PPM Zon Utara. Lantas, terpaksalah 1st team dipisahkan dengan menghantar Yuhaikal ke SERATAS bagi mengetuai kontinjen BM pasal dialah paling experienced lepas Fendy. Untuk pengetahuan semua, tahun ni MCKK tidak lagi dibarisi oleh Aslam and Aleng (Amirul) kerna kedua-duanya sudah tamat belajar. Aleng telah mendapat 10A1 dalam SPM dan berhajat untuk menyambung pengajian dalam Medicine manakala Aslam mendapat 6A 4B dan berhajat menyambung pengajian dalam STPM. Aku dah pujuk dia masuk UIA tapi dia degil and nak ikut jejak langkah abang dia, so tak pa lah. It is a free country pun anyway. Huhu..so lepas nit ok sah dok tanya aku lagi mana budak 2 ekor tu nak pegi.Sekian, tamat pasal diorg dua.

Ok, lantas untuk PPM kali ni, dengan ketandusan debater yang boleh debate wakil koleq. Tak tau lah apasal, nak kata system training sekarang problem pun tak boleh gak, nak kata budak sekarang tak dak yang talented pun tak boleh gak. Tapi itulah masalahnya sekarang. Tak pa, nanti aku cari apa penawar untuk penyakit ni. Hehehe…

Ok lah, untuk rekod MCKK champ North Zone 2 tahun berturut-turut (2006-2007) menerusi team 2006: Aslam, Aleng, Fendy, Helman; 2007: Aslam, Aleng, Fendy, Aqwa. Tahun ni, disebabkan clash, terpaksalah hantar Firdaus (F4 baru), Yuhaikal, Aniep, Halim ke SERATAS.  Helman ke  SERATAS untuk tolong tengok diorang pasal aku sibuk organize Interschool kat UIA ni. Thanks Helman. Keputusan for BM, 1st match menang lawan Syed Putra, Yuhaikal best speaker. 2nd match dapat bye. 3rd match lawan SERATAS, kalah and 3rd speaker diorang dapat best speaker. Maka tamatlah sudah misi nak menjadi juara hatrick di Zon Utara. Tak pa lah, tak dak rezeki, nak buat macam mana kan? Tapi berdasarkan laporan Helman, budak-budak ni ada attitude problem and akan ku basuh diorang tak lama lagi. Nantikan saat penyeksaan itu. Huhu…P4160051

Ok, untuk pasukan ke UIA pulak, gandingan baru; Nash, Aqwa, Fendy, Azri. 2 Form 4, 1 Form 5, 1 F2. Aku yakin jerr dengan diorang ni walaupun agak baru si Nash dan Aqwa ni berbanding dengan Aslam and Aleng yang sudah debate wakil Koleq since F2 for UIA and PPM, budak 2 orang ni F3 baru start debate wakil Koleq, itu npun untuk debate UIA jerr. Tapi ok larr kan, at least ada 1 year experience.P4160041

Ok, secara keseluruhannya team ni menang semua 7 matches,and berada di 1st rank liga, tahniah, rekod baru untuk Koleq. Octo lawan Shah Pekan, tajuk pasal sekolah kluster. Aku tau budak-budak ni memang lahar bila debate pasal sekolah kluster tapi tak tau pasal apa tajuk tu jugak yang diorang pilih. Selamat menang 3-2, best speaker tak dak orang lain, Fendy. Dah larr waktu octo tu budak-budak UIA, junior-junior ni pegi tengok Koleq lawan. Diorang pulak dok bising pasal Fendy fotostat aku, ntahlah, aku pun tak tau.

Quarter lawan Taman Melawati, sekolah ni buat kezutan gak tahun ni pasal diorang berjaya menewaskan RMC di octo. Dalam match tu, aku dimaklumkan Koleq berjaya menang dengan jayanya, 7-0 and best speaker pun 7-0 kepada Fendy. Semi pulak match paling crucial, lawan MRSM Pontian. Memang 3rd speaker Pontian sangat bagus, Syafiq Shamsudin kalau tak silap aku nama dia. Dia tak perlu aksesori lawak-lawak ni, dia sangat straight forward and sangat sharp. And kebetulan match tu Fendy pulak tak perfom. Memang cuak larr kan. Selamat larr penggulungan Aqwa boleh tahan. Alhamdulillah, mungkinr ezeki budak-budak ni, diorang menang 5-4 and best speaker Syafiq. Tahniah Syafiq, kau memang mantap!!P4160049

So waktu final diorang lawan tajuk pasal pendidikan. Memang setiap kali diorang debate pasal usul pendidikan jerr aku dah start cuak pasal diorang ni memang lahar tajuk pendidikan. Buktinya, tengoklah diorang waktu lawan tajuk sekolah kluster tu. Secara keseluruhannya, bagi aku secara peribadi asas kes Koleq selaku kerajaan dah ok and pembangkang sebenarnya tidak membangkang dan hanya mempertikaikan tapi apabila pertikaian itu ditambah dengan persembahan yang berdegar-degar, meyakinkan para hakim untuk memberikan kemenangan kepada pasukan SMAP Kajang dengan juri 5-4.

Tahniah kepada pasukan SMAP Kajang. Kepada adik-adik Koleq, jangan sedih-sedih. Bersyukurlah kerana korang dah dapat melayakkan diri ke peringkat akhir and itu satu pencapaian yang amat membanggakan. Dari2004 sampai 2008 masuk final, 5 tahun berturut-turut, ada ke sekolah yang boleh buat rekod macam ni? Kiranya bersyukurlah dengan apa yang sudah kita perolehi. Jangan kufur nikmat baru senang mendapat berkat.

Tahniah gak kepada Fendy, berjaya mempertahankan kedudukan selaku overall best speaker 2 tahun berturut-turut and best speaker final pun 2 tahun berturut-turut. Memang dasar F1 aku. Huhu.. Aslam and Aleng, jangan jeles kalau korang tak dak F5, hahaha…P4160042

Ok, to English team, congrats coz korang berjaya mempertahankankejuaraan di North Zone, untuk yang pegi UIA pulak, jangan risau, ini baru 1 permulaan dalam carrier korang as a debater. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Umi dan Miss Sherry atas ketekunan korang dan kesabaran korang melayan karenah budak-budak zaman sekarang. To Abg Raf, thanks a lot, jangan banyak sangat piker, banyakkan berehat, atau kawin jerr lepas ni. Duit dah banyak tu. Huhu… To Helman, Haqa, Aslam, Aleng, Ed and Nab, terima kasih daun keladi kerana sudi turun untuk membantu adik-adik korang, berperananlah sebagai abang yang tegas selepas ni dalam mendidik adik-adik. Kepada semua yang mendoakan kejayaan MCKK, terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang mampu membalasnya. Apa-apa hal pun, PPM akan berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi, yang penting semua kena ALL OUT & BE STRONG!!!

P4160052

Sekian..

Interschool Debating Championship 2008 (PART 1)

P4160005_1 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama aku duduk rumah, baru malam ni baru boleh update blog. Bukan apa, before this dah try tapi ada error mende ntah. H.I.N.A jaah! Huhu..

So, Interschool 2008 pun dah abis. Tahniah kepada juara baru,STAR for English category and SMAP Kajang untuk kategori Bahasa Melayu. Untuk Part 1 ni aku nak bercerita pasal komiti tahun ni.

Seperti yang korang sudah sedia maklum, tahun ni aku jadi Head Comm PC, memang banyak larr keje kan. Dahlah selalu orang bagi komiti ni kat orang yang experienced macam Kak Mun, Abg Jepp, tiba-tiba tahun ni kena kat aku pulak.

Tak pa lah, so nak dijadikan cerita dalam masa 2 hari preparation tu memang kelam kabut larr kan. Dengan 2 hari nak bua backdrop, nak buat master plan, nak print itu, print ini. Memang setiap hari tido pukul 3-4 pagi, bangun dalam 7-8 pagi pasal nak sambung buat keje (Subuh paham-paham jerr lah kan)

Nak dijadikan lebih cuak, Shaik, orang yang in charge untuk pentas selalu meghilang pasal dia ada exhibition kat KAED. Budak-budak komiti aku ni memanglah tak tau nak colur apa kat bahagian mana semua kan, kenalah tunggu dia. Nak call tak dapat pasal bateri hp dia macam ting tong sekejap, so  kirim salam jer lah.

Alhamdulillah, dengan bantuan Redhu and Poji, backdrop tu dapatlah diselesaikan dan pentas pun dapat dihias dengan jayanya (berdasarkan kapasiti wang yang dimiliki). Huhuhu..

Walaupun ada suara-suara sumbang yang meminta supaya backdrop tu diturunkan, aku tegar untuk membiarkan ia terus berada di atas pentas. The only reason why I want it to be there is because I know how hard for my sub-comms to make it. Tido 3-4 pagi, bangun 8 pagi, then senang-senang nak suruh turunkan, itu namanya tidak tahu menghargai usaha orang lain. And secara jujurnya, aku terpaksa mengakui yang backdrop dan pentas kali ni tidaklah secantik sebelum-sebelum ni pasal kekurangan budget dan kekangan masa persediaan.itu belum tambah masalah tak dapat nak pinjam meja and kerusi AIKOL lagi lantas terpaksa menggunakan ijtihad memakai meja registration kat CAC. Huhu.. Maaf atas sebarang kesulitan.P4160013

And sepanjang tournament berlangsung, komiti aku gak yang membantu Tabs untuk menjadi hakim, ramai gak larr yang jadi. Bean yang asalnya tak jadi komiti pun pasal ada hal family mende ntah datang untuk keje jadi PC and merangkap hakim sekali sampai mendapat mesej sinis daripada Abg Raf. Huhu…

Untuk English category pulak, aku sangat kesian kat Faiz, Pipon, Izzati and Zamir yang memang all out conduct English category pasal budak-budak English lain memang tak boleh diharap. To Nabilah gak, thanks sangat-sangat pasal tolong buat Ratio, alaaa salah sikit-sikit tu biasalah. Mana ada benda yang perfect kan? Tapi for the 1st time, ok lah tu, siap untung lagi kan? Jangan risau.P4160016

Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komiti aku yang memang best, Cuma ada2,3 orang yang selalu meghilangkan diri tanpa sebab. Siapa? Siapa yang makan gula, dialah terasa manisnya. Huhu… tak dilupkan kepada Kak Mun, terima kasih sangat amat kerana banyak membantu kitorang melalui nasihat-nasihat Kak Mun yang ala-ala ibu tu. Huhuhu..

Special thanks to Kajol and Faiz, assistants aku yang sangat banyak membantu. Tak tau nak describe macam mana. Speechless. Hehe..

Ok, kepada komiti-komiti lain, terima kasih sangat-sangat kerana memberikan kerjasama yang mantap!P4160008

Tribute to PC 2008

Kajol (panadol for Dewangga Sakti)

Faiz (susun meja waktu dinner)

Wawaz (lost & found)

Pipon (peminat setia Mila)

Zack (Chao Praya)

Azura (gadis desa)

Khairun (PDA datang awal)

Azimah (cermat mengecat sehingga dikritik Redhu)

Dod (penjaga budak-budak SK Sg Pusu)

Zamir (ketua kain)

Farah (driver Kak Aliza & Abg Daud)

Zaimah (ermmm..buat Ratio?)

Nabilah (pasti buat Rato)

Shaik (Sekian..hahaha)

Poji (pembantu Shaik yang berjaya, peminjam laptop Pornstar..hahaha)

Redhu (pembantu Shaik yang berbakat, very the 2 faces..hahaha)

Acit (budak misteri yang macam chipsmore, suka cakap Indon, aku pun tak paham)

Qimah (Bonda Kui)

Jasmin (pelakon berjaya, selalu nak lari daripada buat kerja)

Mazru (pelakon Darth MazRhu yang berjaya, pun sama)

Shazzy (demam larr pulak)

Hilmi (kerja kerja!! Huhu)

Bean (jangan obsess dengan Anwar Ibrahim)

Interschool Debating Championship 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah~ sekarang tengah musim final exam. Ada lagi 1 paper yang tinggal, Family Law 1 hari Isnin ni, paper yang dapat CAM paling rendah di peringkat antarabangsa, 22/40 ok..

Sekali dengan Kajol, itulah, sama-sama tak baca buku. Tahniah buat kami berdua. Huhu..
Anyway, Interschool dah dekat. Bagi yang tak tahu and bagi yang dah tahu, tahun ni Interschool akan diadakan dari 11-16 April 2008. Untuk kategori Bahasa Melayu akan diadakan di KAED dan ENGIN, and for the English category it will be conducted at AIKOL and ECONS (wah, speaking sangat~) huhu..
So, sama-samalah kita tengok apa yang akan berlaku. Tahun lepas aku ditempatkan dalam Committee Publicity & Protocol bersama dengan Kak Ain dan Kak Ricca, dan dibantu oleh Kak Haneen. Tahun ni aku diamanahkan untuk handle Committee Program Coordinator (PC) dibantu oleh Kajol dan Faiz (budak English).

Banyak geLL kerja nak kena buat; buat master plan, uruskan pentas, performance, MC, cari orang buat flash etc. Dahlah masing-masing masih baru dalam komiti PC ni, so gOOd luck larr yerr teman-teman.
Tapi aku patut bersyukur kot pasal kitorang banyak dibantu oleh Kak Mun, satu-satunya Presiden KDBM yang berjantina wanita dan Kak Maz, advisor KDBM merangkap advisor Interschool. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dan nasihat yang dicurahkan. Moga-moga Allah membalas jasa baik kedua-dua insane ini. Huhu..

So, memandangkan Interschool dah dekat, terdengar larr sini dan sana orang mengagak siapakah juara Interschool kali ni. Untuk rekod, champion for BM; 2002: KISAS, 2003: SEMESTI, 2004: MRSM Taiping, 2005: SAS, 2006: SBPI Gombak and 2007: MCKK.

For English; 2003: RMC, 2004-2006: St Xavier and 2007: SAS. St Xavier berjaya mempertahankan kejuaraan 3 tahun berturut-turut dan MCKK berjaya layak ke final sejak 2004 hinggalah 2007, akhirnya 2007 baru merasai nikmat sang juara setelah kecundang di pentas akhir sebelum ni. Huhuhu..
Tak silap sekarang dah ada 84 team untuk BM dan 78 team untuk English, kalau tak silap larr. Masih menunggu confirmation daripada Zaki, Penolong Pengarah Program (jawatan yang tertera dalam Berita Harian baru-baru ni) huhuhu..

Yang menariknya untuk SBP di sebelah Zon Utara pada waktu Interschool dijalankan, gedik larr ada 1 sekolah yang organize PPM Zon Utara tahun ni nak buat waktu tu. Maka adalah beberapa sekolah yang tak berapa nak ramai sangat debater diorang terpaksa dikerah ke PPM Zon Utara atas kehendak Pengetua dan komitmen serta sokongan terhadap SBP. Kesian~ Yang sekolah tu pun satu, cuba larr cari waktu lain. Tau larr sekolah tu tak masuk Interschool, tapi tak payah larr nak mengalih focus ke PPM Zon Utara. Sabarlah yerr adik-adik yang dikerah ke sana. Moga-moga usaha anda membuahkan hasil yang menakjubkan.

Dan tatkala Interschool tinggal beberapa hari saja lagi, banyak sekolah yang sibuk buat friendly untuk test power masing-masing. Antaranya SAS yang hari Khamis (3/4/2008) buat friendly debate dengan SSP, Ahad (6/4/2008) buat friendly dengan MCKK pulak. Teruskan usaha wahai pendebat muda!! Huhuhu…

Sekianlah dulu kot.. Kepada sesiapa yang berminat nak datang tengok, datang jerr lah Dialu-alukan, cuma makanan dan tempat tinggal tidak disediakan. Nak buat macam mana, budget tak cukup.
Kepada para pesera, selamat berdebat! Kepada para komiti, selamat berkerja! Kepada Abg Hairi dan Kak Mun, selamat maju jaya!
Sekian, terimalah~